Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Yahhh.. Nang lamak la sik berupdet blog aku tok. Apa ndak ka di pikey orang. Mun di pikey aku tok.. Mmmm.. Aku nang malas, makin malas dan semalas-malasnya. Kali sikda reader lagik nak maca blog tok, jadi aku ngereco sorang dirik jak sitok... Sik tauk hal..
Aku tok ngeblog di tengah laut sebenarnya, nak balit darat ritok tek tapi bos sik suruh, nasib bait teknologi brotben signalnya sampe di platform tempat aku keja tok, ada juak alat untuk aku melayan boring bila keboringan tok.
Best juak ku nenga sidak Blogger Sarawak Gathering rah D11 malam tadik. Kira suksesful lah gathering kali tok. Trimak kasih Amni menjadi tulang blakang gathering kali tok. Walaupun aku sikpat pegi, aku dah anta wakil untuk join gathering malam tadik. Tauk lah tak orang sepa ya nak....
Okaylah, klak ku ngereco lagik. Nak masak-masak lok. Sebelom ku ngabis crita ku kali tok, ku nak share ngan tak orang Brita di Bangladesh dalam Berita Harian tek.. Berita tok sungguh lucu. Lekek lekek ngekek ngekek aku tetak oleh brita tok... Nang stedey ompuan ya...
Wanita bawa kemaluan lelaki yang cuba merogolnya ke balai polis
2011/05/30
DHAKA: Seorang wanita berusia 40 tahun memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya dan membawanya ke balai polis sebagai bukti, kata polis di sini, hari ini.
Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu."Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya.Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek sedang menjalani rawatan di hospital. - A
Sekian... Trima kasih...