SEPATAH DUAK KATA DARI AKU...

Trimak Kasih kerana sudi ilek-ilek rah blog yang sik seberapa tok... Kitak orang memang best!!!!!

Entri Ku Yang Terbaru

Sunday, February 28, 2010

From Paris With Love Cerita Celaka!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. 1 mac 2010 dah ritok. Skejap ado jak asa oow. Orang alim ulamak or ustaz madah nak, mun orang rasa cepat jak masa berlalu nak, ya la tandanya orang ya kurang beramal. Macam aku tok. Hehe.. Renung-renungkanlah dan slamat beramal.

Okay, Berbalik kepada apa yang ku nak cerita sebenarnya di pagi Isnin tok. Malam tadik ku ngan kawan ku nangga wayang crita 'From Paris With Love'. Apa tek John Travolta berlakon ya la ku berminat juak nak nangga crita ya. Bila start jak crita ya, ku ngan kawan ku alu terus la konsentret nangga crita ya seratus percen.
Abis jak crita ya tek, alu cepat jak mek duak molah review dan kritikan pasal crita ya. Aku nang sik puas hati nangga crita camya. Jalan crita nya nang agak best tapi yang paling sik membestkan ialah crita ya nunjok yang ISLAM tok agama pengganas! ISLAM IS NOT TERRORIST OKAY! Masih ada juak crita camya paduhal. Sik perlu sidak nya molah crita nunjok ISLAM tok pengganas. Crita camya cuma makin menguatkan tanggapan orang bukan Islam bahawa Islam tok agama pengganas. Crita camtok nang propaganda sidak US la especially sidak Yahudi ya.

Dah la dalam crita ya tempat operation sidak eksrimis Islam ya menjual dadah, pelacoran, gengsterism, inang asuk semua ya lansong sik menunjokkan ciri-ciri orang Islam. Tapi rah dinding tempat operasi ekstrimis ya sia sitok jak nama Allah s.w.t dalam tulisan arab. Nang berik impression jaik la ngan orang Islam crita tok.

Aku sepanjang crita ya nahan ati jak nangga Rasa nak nunok pawagam ya pun ada. Koatan ati geram gilak nangga crita ya. Dah la, ya jak la review aku pasal crita tok. Mun disuroh berik bintang, Sikda bintang lansong layak Pake crita tok. Ku tauk opinion tak orang lain pasal crita tok tapi tok la asa ku lekak nangga crita ya. Sial crita ya!

Saturday, February 27, 2010

Good English

Teringat ku masa form 2 time skolah dolok. Gara-gara cikgu James Law aku faham dan tauk pasal grammar english tok. Mun sik sebab nya, kompom la tunggang langgang grammar english aku rasanya.

Cikgu James Law tok nang gaok. Muka nya sik merik-merik dan sentiasa jak mbak rotan time ngaja. Ne ndak sik beliang ati nangga cikgu ngaja sentiasa mbak rotan sia sitok. Mun lupak mbak fail, note, dan sik molah keja nang 100% kompom kenak rotan. Dah la rotan nya halus jak. Nang bisa mun kenak rotan ya.

Yang Paling sik puas ati masa nya ngaja dolok mun nya nanyak soalan kita sikpat jawab. Kenak rotan la jawab nya. Ya la nang terpaksa konsentret 100% mun nya ngaja. Tangan ku nang puas bebalat oleh nya.

Apapun, trimak kasih la Cikgu James Law kerana dirik, aku dah faham tentang grammar english. Coba la time ya nya nyuroh mek orang ngafal Kamus oow. Mun sik hafal, sebatkan! Ku asa, nang skiping the london la mek orang sekelas olehnya. Hehehe...

Gambar debah tok cam besa la ku oleh dari miak yang post rah facebook untuk tatapan tak orang semua di hari minggu yang mendong tok (di kuching la). Slamat berhari minggu! Daa~~

Friday, February 26, 2010

The Book Of Eli


Malam tadi aku nangga wayang crita 'The book of Eli'. Boleh tahan juak crita ya yang mengisahkan sebuah kitab injil yang cuma tinggal di dunia yang baruk jak lepas berperang besar yang mengakibatkan tamadun dunia musnah sama sekali.

Tanggalah tak orang dirik cerita ya, malas la aku nak molah sipnosis crita ya. Google la tak orang dikpun sipnosis crita ya. Kekeke.. Ku just nak share something yang berharga lekak nangga crita ya. Dari apa yang ku dah serap dari cerita ya. Nang cun juak ku nangga crita ya di hari Maulidur Rasul marek.

Walaupun crita ya pasal kitab injil, tapi mesej dalam crita ya amat bermakna bagi aku dan semua kita yang hidup ada pegangan agama tok. Mesej nya senang jak, 'Membacalah'. Bukan maca majalah mangga, majalah cleo, majalah FHM ya maksud ku tapi maca Al-Quran yang ku maksudkan.

Sik perlu ku nak elaborate lagik, kurang ilmu ku nak share ngan tak orang pasal ya tapi cukupla ku dapat mengingatkan dirik ku tentang pentingnya kita membaca dan memahami kitab suci kita, Al-Quran.

Thursday, February 25, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H

Aritok genap 12 Rabiul Awal 1431H hari keputeraan Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571M.

Mun kita di Sarawak tok, sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak di anjurkan rah Sri Aman. Time aku molah entri tok sidak rah Sri Aman sedang gago berarak asa ku berembak sepandok dan berselawat ke atas Nabi. Teringat ku zaman skolah dolok, mun perarakan Maulidur Rasul ada dipolah rah kuching, kompom skolah ku anta student Islam nya pergi berarak. Lamak dah ku sik berarak camya sambil berselawat ke atas Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Walaupun sikpat nak join aktiviti berarak camya kinek tok, aku ada cara dikpun nyambut Maulidur Rasul tok. Sehari-hari selagik ku online hari tok aku akan baca la post-post orang pasal Maulidur Rasul, artikel kisah-kisah Nabi disamping nengar lagu-lagu selawat ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم di youtube.

Oleh yang demikian, juh kita sama-sama menyanyikan lagu Cahaya Selawat yang dinyanyikan oleh Raihan tok bersama-sama.



Dan sentiasalah kita berselawat ke atas nabi...

اللهم صل على سيدنا محمد بعدد من صلى عليه وصل على سيدنا محمد بعدد من لم يصل عليه وصل على سيدنا محمد كما تحب ان يصلى عليه وصل على سيدنا محمد كما امرت ان يصلى عليه

"Ya Allah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"

Wednesday, February 24, 2010

Kiut Dari Magibon!

Mun tak orang kaki youtube mesti tak orang tauk ngan Magibon tok. Nang glamer nya rah youtube. Aku pun sik tauk apa yang nyuroh nya glamer gilak. Tak orang tauk ka kenak? sik nya kenak, miss jak.

Video nya rah youtube ya kebanyakkannya show dirik nya jak. Bukan ada klaka apa-apapun. Diam jak nya. Dah nak abis video nya madah babai. Ya jak! Tapi view nya berjuta-juta. Mun tak orang sik cayak search la tak orang nama magibon rah youtube.

Video debah tok ku moleh perbandingan antara aku ngan nya. Sepa yang lebih kiut. Tak orang jadi judge. Ku ne pat nak nentu sapa kiut gik nak? Kekeke... Daa~~

Review Terbaek Isuhangat!

Isuhangat tengah menganjurkan pertandingan review blog Isuhangat. Oleh sebab hadiah nya berupa wang tunai dan pakej pengiklanan, jadi aku pun teringin nak join contest ni. Lagipun banyak juga yang aku komen tentang blog Isuhangat. Aku ni bukanla blogger otai ataupun problogger yang boleh memperbaiki blog lain dengan ayat-ayat power ku. Isuhangat dah beri peluang untuk review blog diorang. Apalagi, Ni la peluang aku nak beri pendapat yang dah lama aku peram dalam kepala hotak aku ni.

Kepada sesiapa yang tak tau lagi pasal contest ni, mesti korang nak tau hadiah kan? Bawah ni list hadiah contest ni. Agak steady juga la hadiah contest ni.

Tempat Pertama:
- Wang tunai berjumlah RM150.
- Pakej iklan banner antara post yang bernilai RM50
- Pakej iklan review blog yang bernilai RM30
Jumlah keseluruhan : RM230

Tempat Kedua:
- Wang tunai berjumlah RM50
- Pakej iklan banner sidebar yang bernilai RM30
- Pakej iklan review blog yang bernilai RM30
Jumlah keseluruhan : RM110

Tempat Ketiga:
- Wang tunai berjumlah RM25
- Pakej iklan review blog yang bernilai RM30
Jumlah keseluruhan : RM55

3 tempat saguhati
- Pakej iklan text di bawah post bernilai RM90

Jumlah keseluruhan penajaan: RM455

Kalo nak tahu syarat pertandingan sila layari website Isuhangat.net.

So, apa macam? Nak join ke tak? Tak salah cuba nasib kan. Beri je opinion dalam kepala korang tu. Jangan la skema sangat nak buat review. Tak membantu lansung.

Okay, berbalik kepada review untuk blog Isuhangat ni. Blog isuhangat di dah lama sebenarnya kat blogosphere ni ataupun dunia blog. Seblom ni address blog Isuhangat adalah isuhangat.blogspot.com dan sekarang dah berpindah ke isuhangat.net. Biasalakan, blog dah maju, harus upgrade.

Aku tak nak bercerita pasal entri dan post Isuhangat sebab crita yang Isuhangat bawak memanglah hangat seperti nama blog Isuhangat sendiri. Kalo tak, takkanlah Isuhangat dapat traffik yang begitu banyak tu kan.

Korang tengok traffic rank Isuhangat ni...

Tengok User Online ni lagi...
Bagi aku la, blogger newbie macam aku ni hari-hari kira brapa orang unique visitor sehari. kalo dapat maintain 100 orang sehari dah cukup bagus. Tapi bagi blog macam Isuhangat ni, aku rasa diorang nak maintain brapa ramai orang tengah online kat blog Isuhangat ni setiap saat.

Tengok design pulak...
Design header memang cantik tapi dekat tabs tu kurang kemas, perlu repair sikit.

Dan yang ni rasanya perlu diambil kira...
Iklan diantara tajuk dan entri. Kalau aku singgah kat blog, semestinya aku nak baca entri blog tu, bukan nak tengok iklan. Entri sebaiknya ditulis dalam separuh cerita dan letakkanlah link [baca selanjutnya..]. Orang yang tengah syok membaca entri tersebut pasti akan klik pada link tu untuk membaca entri sampai habis. Dekat entri selanjutnya tu la sepatutnya iklan diletakkan. Barulah steady! :)

Dan yang terakhir skali aku nak sentuh...
Ini pendapat aku je la. Rasanya dah kurang best kalo letak mybloglog widget ni. Lebih menawan lagi kalo buat fan page kat Facebook dan letakkan page widgetnya kat blog Isuhangat ni.

Stakat ini saja review aku tentang blog Isuhangat ni. Hangat ke tak review aku ni? Daa~~

Beyonce Sexy Dance

Seksi ada juak Beyonce tok menari. Meleleh aek lior ku nangga. Hehehe...



Si Karl tok jaga oleh mak chan aku. Mak bapak nya pun keja ler. Nya tok laki jangan tak orang salah tangga indah. Ceredit ada juak upa nya ooww. Cam aku kecik-kecik dolok juak kali. Daa~~

Tukar Favicon

Aku baruk juak tukar favicon blog aku tok. Tauk tak orang apa favicon ya? favicon ya adalah ikon kecik selepas address blog tak orang. Contohnya ialah seperti favicon baru pake blog aku tok.
Sekarang dah tauk nak? Oleh kerana tak orang dah tauk. Mun tak orang teringin nak nukar dan design dikpun favicon ya, teruskanlah membaca tutorial aku tok. Mun sik maok, komen jak debah padah sik ku heran. Hehehe...

1-> Okay, kita teruskan dengan tutorial kita. Mula-mula, pegi ke website www.favicon.cc untuk mendesign dikpun favicon tak orang. Senang jak design ya, miak dajah 1 pun pande design ya. Sebagai contoh design yang aku baruk polah tek.
Well, diam jak. Tauk ku design ku macam miak kecik. Janji ada huruf H ya jadila.

2-> Lepas abis design, tak orang save la favicon tak orang tek dalam kompiter tak orang. Pasya save it as *.png atau *.jpg instead of *.ico.

3-> Uploadkan favicon ya tek ke Image Hosting site. Mun aku tek, aku pake Photobucket.

4-> Lepas tak orang upload favicon tak orang rah Image Hosting, copy direct link gamba favicon tek.

5-> Pegi ke Edit HTML rah Layout Blogger Dashboard tak orang.

6-> Carik tak orang line (Ctrl+f): <title><data:blog.pagetitle/></title>

7-> Pasya, masokkan code tok debah line ya tek. <link href='URL of your icon file' rel='shortcut icon' type='image/vnd.microsoft.icon'/> (Tukar 'URL of your icon file' kepada link di step 4 tek)

8->Save kan template dan siapla Favicon baru tak orang.

Mun tak orang nak nangga perubahan ya, close kan tak orang page ya dolok. Then, Delete temporary internet files lam browser tak orang and then bukak balit la page tek.

Slamat mencuba!

Tuesday, February 23, 2010

HANG SULEYMAN si Pendekar Facebook

Sik abis-abis lagik kes pendekar Facebook tok yang stakat brani merik stetement rah Facebook. Apa dalam palak utak orang camtok skati jak molah statement nganok bangsa lain. Kes terbaru tok pasal si Suleyman dengan ilek-ilek ajak nya nganok bangsa Dayak. Sik perlu ku nak padah camne nya nganok, tak orang tangga jak la cetakan post nya ya. Ya pun ku copy and paste dari post nemiak rah Facebook.

Aku rasa la nya tok di invite lam group komuniti bangsa Iban. Tapi nya pikir kali ya group Tattoo. Bila nya tauk ya bukan group tattoo alu la nya manas tek di invite dalam group komuniti ya. Perlukah nya nganok group ya? Apa la salah nya remove dirik dari group ya. Abis crita, sik nyakit ati orang.

Tapi nak, at the first place. Nya dirik orang Melayu Islam. Kenak nya gago juak nak masok group tattoo or pantak? Nak molah pantak ka kawan? Menghargai budaya orang tapi nganok bangsa orang. Berik malu orang melaya jak kau ya. Aku sik nyebut Melayu sebab ku tauk Melayu Sarawak sik berpikiran camya. Kami bebas makan minum bergaul sama meja lain bangsa.

Now, alu wujudla fan page nya... kan alu glamer si suleyman tok...

Stakat yang ku nangga malam tek dah seribu lebih fans nya. Senang kan nak glamer rah facebook? Polah jak penyataan yang menyentuh sensitiviti kaum or agama, kompom glamer terus pasya. Tapi sik aman la idup pasya alu kenak bencik dan di dengki orang.

Stakat tok jak ulasan aku pasal kes bodo tok. Sik tauk la aku tok di kategori bodo juak kali molah ulasan pasal kes bodo-bodo camtok. Apa-apapun, aku just nak kongsi-kongsi ngan rakan sengeblog pasal isu-isu yang tengah happening tok. Sik salah nak? Daa~~

Cabaran Alexa Traffic Rank


Aku baruk jak ngkah Alexa Widget rah blog tok marek. Traffik Rank aku stakat first day tok aku ngkah ialah 11,488,100. Besar sungguh nombor ya. Biasala blog baru camtok sikkan la nak espek traffik rank yang 5 angka jak nak?

Tauk tak orang apa menatang Alexa traffik rank tok ka? Alexa tok kira macam orang banci yang ilek tepi jalan ngira brapa banyak keta lalu-lalang rah jalan ya. Makin banyak orang datang ke blog tak orang, makin tinggi la rank tak orang.

Mungkin sik semua orang gago menatang tok sebab ada yang blogging kerana kepuasan dikpun.

"Ada orang maok baca baguslah, tapi mun orang sik mok baca lantak sidak lah. Aku tetap juak maok taip, aku tetap juak maok blogging. Ya just pake diari aku mpun." <-- Contoh ungkapan blogger yang sik gago ngan menatang macam tok.

Aku sitok cuma just nak cabar ku mpun. Dapat sik blog tok yang berbahasa Sarawak dapat rank debah 1,000,000 atau 1 juta. Tak orang rasa dapat sik? Jadi dengan ada nya entri tok, kira start ari tok la aku ngira brapa lamak aku amik masa untuk menaikkan traffik rank aku dari 11,488,100 ke rank debah dari 1,000,000. Mun dapat, aku sukses. Mun sik dapat, ilek-ilek isap gam jak aku.

Tak orang yang slalu maca blog tok la yang membantu aku dalam menaikan traffik rank tok. Tanpa tak orang, tanpa respon tak orang. Sik pian aku nak ngeblog. Hehehe...

p/s: Mun tak orang ada nemu blog berbahasa Sarawak yang rank nya debah 1 juta. Ngkah address nya rah komen aa. Daa~~

Sunday, February 21, 2010

Tag VLog keduak

Kenak tag lagik. Kali tok Mizara yang tag aku. Tapi nya nyuroh aku molah vlog pake jawab tag tok mun aku rajin. Jadi, memandangkan aku seorang lelaki yang rajin, aku polah la vlog menjawab tag tok untuk tontonan tak orang. Skali-skala nangga video pa la salah nya nak? Kepak juak mata nak maca post panjang berjela-jela. Kekeke...

p/s: Dah nangga jangan lupak komen aa.. Apa-apa jak boleh komen. Penghargaan ka, Kritikan ka, akan ku coba trimak dengan hati yang terbukak. Daa~~

Saturday, February 20, 2010

Bila Rindu

Bila bab bercinta-cinta tok aku nang ada berjiwa romantika dan sentimental sikit. Daa~~ Antara bab paling best bila bercinta ialah rasa rindu. Tol sik? Jangan tak orang nanyak ngan tol bintawak indah. Untuk cdak yang diam rah KL ya. Federal highway pun tol brapa dah kinek tok? Haiizz... Pa kes tol indah tok. Kekeke...

Best sik rasa rindu? Mesti asa tercarik-carik nak? Mala jak ngitong jam menet saat, abis jak diitong nunggu ari nak berjumpa. Rindu la tanda nya kita cinta dan sayang ngan orang ya mena-mena.

Bak kata lagu Annuar Zain bila resah...

Bila resah
Ingat saat indah
Bila rindu
Kunyanyikan lagumu
Sehari kurasa bagaikan setahun
Menunggu tibanya oh bahagia


Tauk tak orang lagu ya nak? Mun sik tauk google kan. Mun sik pande google, iboh jak tuija nak main kompiter.

Dalam lagu kita dapat mengexpresskan rasa rindu kita ngan chan kita. Feel rindu ya akan rasa lebih hebat lagik. Sik cukup ngan berlagu, dengan lori pun kita dapat mengexpresskan rasa rindu kita. Cayak sik? Mun sik cayak, tangga tak orang gambar buntut lori debah tok. Daa~~

Friday, February 19, 2010

Ibu Carik Menantu


Stael sik asa tak orang nangga iklan tok? Ku dapat dari miak post rah Facebook tok. Macam bulak jak ada iklan camtok. Nang semangat la mak nya nak carik menantu. Yang ku heran anak nya bagus ada kerja. DOKTOR ya bah. Mustahil susah carik ompuan nak? Tapi sik tauk juak la. Rambut sama itam, bulu ketiak lain-lain nak? Kali nya ya jenis nak pemalu gilak ngan ompuan or nya dah pedap sik nemu-nemu ompuan yang sesuai ngan nya. Ya nya nyuroh mak nya carik bini k nya kali. kekeke... pande-pande jak ku molah spekulasi ow.

Well, sepa-sepa gadis sunti di luar sana ingin nak memperlakikan seorang doktor, boleh try call number yang tertera rah gambar ya. Atleast aku dapat juak nulong mengiklankan pencarian mak nya tok rah blog aku nak? Kriteria ada nya berik sia. Jangan takut sik perlu ada degree, nya cuma madah berpelajaran jak dan pengalaman kerja tidak diperlukan. Kekeke...

Perogol Kacak

Lucu ado juak brita yang ku amik dari blog hellioz tok. LAKI KACAK SIK MENGAKU MEROGOL. Paduhal laki kacak tek merogol juak duhal. Ingatkan lelaki yang kurang kacak ataupun kata lain nya hodoh jak yang akan merogol. Apapun, nang sik sepatutnya tajuk brita tok madah camya. Sepa ndak ka penulis berita ya, mok ompuan kali nak. Mun laki pun, yang jenis kurang lurus ya. Kekeke..

Aku sik la ada maca brita ya, tapi dari awal brita yang dapat ditangga dalam gambar tok. Orang laki tok menggunakan kekacakkan nya untuk memikat ompuan dan bila ompuan ya dah terpikat ngan kekacakannya tek. Alu kenak rogol lah ompuan ya oleh si kacak tok tek. Sayang ada muka kacak tapi perogol. Mun dapat hukum kan orang camtok sebat di muka sak sik kacak lagik. Sik nya pat ngaco ompuan lagik. Tol sik?

Tuesday, February 16, 2010

Duit Sik Membahagiakan

Lamak juak ku bercuti tek. Asa Keja opis jak bercuti indah ku dari ngeblog tek. Yala sibuk gilak ngan gong xi fa cai tok. hari-hari kua dari tengahari sampe larut malam. 3 malam turut-turut ku nangga wayang CNY tok. Dah la ari tok ari rabu, movie day, mun pande nangga wayang nak stengah rega ritok ka. Alu la jadi 4 ari turut-turut ku nangga wayang. Terbaek!

Berbalek kepada benda yang ku nak crita tek. seblom cuti CNY tok tek ada kawan ku post artikel rah facebook pasal ada sorang jutawan yang bernama Mr Rabeder ya yang sedekah abis kekayaannya yang bernilai 3 juta pound sterling kira-kira RM18 juta kepada kebajikan sebab nya asa nya sik gumbira dengan kekayaan. Lain dari pikiran nya time kecik lok nya asa nya akan hepi mun nya kaya tapi bila dah kaya, sik juak nya hepi. Sanggup nya jual bisnes nya dan pindah dari rumah agam nya ke pondok kecik rah gunong. Apa ndak ka di pikey nya lam palak otak nya. Rasa nak ku kaji jak otak nya ya.

Bacala tak orang pengakuan nya tok. Klak ku translet ngan tak orang bagi yang sik paham english gilak. Aku pun merangkak juak nak translet english tok sebenarnya.

"My idea is to have nothing left. Absolutely nothing," he told The Daily Telegraph. "Money is counterproductive – it prevents happiness to come."

"Buah pikiran saya sikda yang tinggal, nak sikda lansong," padah nya ngan Daily Telegraph. "Duit cuma lawan produktif, ianya cuma menghalang kebahagiaan saya. ahakz"

"For a long time I believed that more wealth and luxury automatically meant more happiness," he said. "I come from a very poor family where the rules were to work more to achieve more material things, and I applied this for many years," said Mr Rabeder.

"Lamak sungguh saya pikir itu kekayaan dan kemewahan bermaksud lebih kebahagiaan," padah nya. " Saya datang dari keluarga miskin dimana undang-undang nya berkerja keras kalau maok dapat banyak lagik barang, saya sudah buat ini lamak dolok," padah Mr Rabeder.

"More and more I heard the words: ‘Stop what you are doing now – all this luxury and consumerism – and start your real life’," he said. "I had the feeling I was working as a slave for things that I did not wish for or need. I have the feeling that there are lot of people doing the same thing."

"Lagik dan lagik saya dengar itu perkataan: 'Berenti apa yang kau buat ini - semua kemewahan dan perbelanjaan - mulakan hidup sebenar kau'," padah nya. "Saya ada itu satu perasaan seperti seorang hamba untuk barang yang saya tidak perlu dan ingin. Saya ada perasaan bahawa banyak lagik orang yang buat benda yang sama."

"It was the biggest shock in my life, when I realised how horrible, soulless and without feeling the five star lifestyle is," he said. "In those three weeks, we spent all the money you could possibly spend. But in all that time, we had the feeling we hadn't met a single real person – that we were all just actors. The staff played the role of being friendly and the guests played the role of being important and nobody was real."


"Itu memang kejutan yang besar dalam idup saya bila saya sedar betapa dasyatnya dan tiada jiawa dan tanpa perasaan kehidupan limak bintang itu," padah nya. "Dalam tiga minggu ini, kami belanja semua duit yang ada. Tapi dalam semua masa itu, kami ada perasaan yang kami tidak jumpa satupun orang yang nyata - disebabkan kami semua hanyalah pelakon. Staf memain peranan mesra kawan dan tetamu memainkan peranan jadi orang yang penting tetapi sorang pun sikda yang nyata."

Gila sik nya tok. Mun aku banyak duit camya ka. Kawan-kawan ku semua kaya skali oleh aku mun dah banyak gilak duit aku yang lebih. Ney best kaya sorang nak. Mok juak geng-geng sepalak skali kaya nak? Baruk hepening lagik daripada kaya sorang tapi sik hepi dan tiba-tiba jak nak sedekah semua reta ngan kebajikan. Kurang semayang kali nya tok. Dekatkanlah dirik ngan tuhan, baruk tenang kit jiwa. Renung-renungkanlah dan slamat beramal!

Mun tak orang nak baca original post pasal tok. bacalah di sitok.

Friday, February 12, 2010

Gong Xi Fa Cai!

Aku ingin mengucapkan Slamat Tahun Baru Cina Kepada semua Masyarakat yang berbangsa Cina di Malaysia amnya dan kepada rakan-rakan yang berbangsa Cina yang mengenali diriku ini khususnya. Gong Xi Fa Cai! Semoga tahun Harimau tok penuh dengan Tuah, Kejayaan dan Kebahagiaan.
Kepada rakan-rakan yang bukan berbangsa Cina, juh kita semua beraya rah rumah kawan Cina kita. Kita habiskan aek gas di umah sidak. Sepa yang dah asa dirik tua ya jangan espek la nak mintak angpau indah. Sedar lah dirik ya dah tua kawan. Lai lai lai Ang Pow Lai.... Kekeke

Layan tak orang video tok juak...

Thursday, February 11, 2010

31 Fakta + Auta Tentang Aku (Vlog)

Tok la first time ku kenak tag. Di tag oleh Khairul Antasha. Dengar padah sidak lain Khairul Antasha tok nang suka nge tag orang. Since aku tok baruk juak di dunia blogosphere tok, jadi aku jawab la tag yang nya berik. Tapi lain kit cara ku jawab tag nya tok. Ku rakam ku dikpun menjawab soalan-soalan ya. Okla hoo.. Silalah tak orang menonton video ku tok. Adalah terbuang sikit masa tak orang nangga video tok dalam sepuloh menet. Kekeke....
So? dah tangga nak? Sepa yang abis nangga video tok. Sila-sila juak jawab tag tok. Pake buang masa tak orang juak. Ehh... sigek gik, Mintak maaf mun ada tersalah kata lam video ya. First video ya, macam best jak molah vlog tok. Alu belalak aku tek. Akan ada vlog agik suatu hari nanti. Tungguuuuu... Kekeke...

Bomoh Perogol

Heran juak ku, Di zaman moden tok masih juak ada kes bomoh perogol kinek tok. Apa kejadah nya masih ada juak ompuan yang pecayak ngan bomoh ngubat orang pake seks tok. Kes terbaru rah sibu tok, Lam umah dikpun gik ya kenak rogol bomoh ya konon nya mun nak molah ubat batok pake laki ompuan ya, nya mesti bersetubuh ngan bomoh ya. WTF?

Tangga tak orang gamba tok...
Sumber gambar : Borneo Post

Nangga upa muka bomoh ya pun dah sik dapat di cayak. Dah la make baju bintang, rock la kata dirik nya tek. Nama dah Pendi Pawan. Nasib nya sik carik mangsa yang masih perawan. Padan muka ko kenak jel ngan kenak sebat. Bukan nyaman kenak sebat ya. Bisak kulit kenak sebat ya.

Ku asa bomoh tok main pukau masa nya rondeng ompuan ya. Camne nya boleh dapat nyuroh orang konfiden yang nya dapat ngubat orang dengan cara nya. Susah nak masok akal. Tapi tok adalah kenyataan. Laki ompuan ya pun cayak juak tek bomoh ya molah ubat pake nya ngan bininya. Nya yang sakit ka or bini nya yang sakit.

Baca la tak orang berita selanjutnya di Borneo Post tok. Bagi aku kes tok nang lucu la. Restekper ngan bomoh ya dapat mulak orang idup-idup camya. Bersedialah ko kenak sebat wahai Pendi Pawan.

Wednesday, February 10, 2010

Cakera Ibu Jari 128

Bukak jak ku Facebook pagi tek aku ternampak la orang post gambar thumbdrive tok tek. Mula-mula aku sik kisah la sebab ya hanyalah thumbdrive. Tapi hati kecil ku berkata-kata, apa kejadahnya orang post gambar thumbdrive and tag gambar kawannya. Ku perati dan perati paduhal thumbdrive tok kapasiti nya bukan-bukan duhal, 128GB. Wowww!!! Sidak Sean Kingston yang molah thumbdrive tok.


Last ku meli thumbdrive ku ada la 3 bulan lepas rah Miri. Abis la ku survey thumbdrive. Yang terbesar kapasiti thumbdrive aku penah nangga 16GB dan rega nya RM100++. Tapi aku beli yang 8GB jak. Sikda budget pake meli besar gilak. Nang cepat la teknologi kinek tok. Dah ada 128GB thumbdrive.

External hard disk gik ada yang masih pake 120GB asa ku. Tol sik? Rega thumbdrive tok mun di ikut rega lam description gambar rah Facebook ya ialah RM799. Tok harga promotion padah dirik nya tek. Tapi mun retail price RM1XXX. Wahseh, mahal ado juak. Dapat meli Netbook sigek.

Tok jak la ku nak sharing ngan tak orang pagi tok. Sungguh pantas teknologi kinek tok ow. Asa bulak jak kemampuan teknologi kinek tok. Beli besar-besar pun thumbdrive camya sikda juak guna bagi aku. Mun pengumpol movie ya, nang perlu kapasiti besar-besar camtok. Check tak orang rega nya rah Low Yat tok.

Tuesday, February 9, 2010

Boys Like Girls! ehh... Girls Like Boys!

Baruk marek ku terimak komen dari cik Mizara pasal rami ompuan yang menjadi pengomen blog aku yang baruk jak sebulan jagong tok (sebulan pun lom sampe). Mun tak orang sik cayak. Tok nya komen cik Mizara tek.
Mun cik Mizara sik madah tek, sik juak ku perasan. untuk mengukuhkan lagik penyataan cik Mizara tek. Tangga tak orang PengKomen TerAktif ku tok. Nang seranto-ranto pompuan.
Sik ku bulak nak? mun sik cayak juak, tangga la tak orang side bar ya. Ada nama sidak ompuan nak steady-steady rah sia. Hehee..

Setelah otak ku stimulet dengan semua fakta yang ku terimak. Aku alu beranggapan bahawa pompuan tok memang supportive. Suka tulong orang yang baru macam aku tok. Memang best nge blog bila ada responden. Tol sik? Bukan tol Bintawak aa. Thumbs up for pompuan! Applause!

Padahal aku ada juak masa blogwalking komen-komen blog sidak laki. Sik juak salah mun sidak nak komen balit rah blog aku yang sik seberapa tok nak. Stakat ninggal lepaq rah cet box ya ada la sidak laki tok. Aku sik perlu traffik ajak la. Aku maok Audience yang respon. Baruk steady nge blog kawan.

Ku asa orang laki tok nang sik supportive, sik suka gilak mengomen blog orang, tapi paduhal jangkaan aku salah setelah aku membaca blog Kak Jie tok.

Well... Boys like Girls and Girls like Boys but dont get me wrong. What I am trying to stress here is ngegeh juak ku nak skiping the London tek. Senang crita la, Laki lebih mensupport ompuan dan ompuan lebih mensupport laki. Biasala kan, hukum alam, sik perlu aku nak ulas dengan lebih lanjut gik.

Jadi nak mun tak orang masa register blog tak orang ngan nuff ya nak? Ada sik rah survey ya ngkah audience gender. Ngkah jak tak orang lebih lagik peratus opposite sex kitak orang yang membaca blog tak orang ya. Ya memang sudah menjadi fakta kinek tok.

Monday, February 8, 2010

Facebook Baru

Pande awal indah ku bangun tek. Bangun-bangun jak terus ku on pc burok ku. Kali mbak nyawa bingong nunggu something sik juak datang-datang tok. Yala kali sebab terbangun awal. Bukak-bukak jak ku Facebook tek, wahseh, terkejut aku. Facebook dah berwajah baru. Terbaekk!!! Satu lagi pembaharuan!

Masok tok dah kali ketiga Facebook tukar wajah sejak aku mengenali Facebook. Biasalah, pada awal pertukaran wajah Facebook tok. Kompom banyak dengar komplen dari nemiak pasal Facebook baru tok. Sik best la, susah la, angol la dan macam-macam lagik. Sampe ada klak sidak molah group petition suroh Facebook kembali kepada rupa asal. Sik juak gine-gine group-group yang nentang perubahan ya tek. Masih juak Facebook terus dengan rupa bentuk baru sidak.

Sebenarnya, Facebook ya dikpun dah cukup menampakkan orang yang mpun idea molah Facebook cukup power, kreatif, bijak, cerdit, berpikiran jaoh dan apa-apa gik la yang positif. Dari sine ndak ka sidak dapat idea molah Facebook tok ow. Sampe kinek tok Sosial media lain pun dah niru juak Facebook. Mun sik cayak bukak lah tak orang Friendster ngan Myspace gak.

Sebenarnya apa yang ku nak tekan sitok ialah, sidak Facebook tok bila sidak nak molah barang baru, or upgrade rupa bentuk Facebook tok, sidak dah kaji mena-mena adakah yang baru tok user friendly. Sidak nya sentiasa carik cara suruh platform sidak tok mudah digunakan dengan sik berat gilak bila loading. Kita tok cuma lah pengguna. Bukan nya kita pakar pun dalam bidang media sosial tok. Sidak ya yang pecah palak mikey apa yang terbaek untuk kita disamping menguntongkan sidak. Sikkan sidak molah benda yang nyusah kita nak? So pikey-pikey jak dan sentiasalah bersedia untuk menerima perubahan... :)

Sunday, February 7, 2010

Apple Ipad


Terbaek juak menatang tok. Terer ada jak manusia molah menatang pintar setebal papan lapis tok. Mesti tak orang dah tauk nak apa menatang tok. Apple Ipad nama nya. Teruja sikit ku nangga Apple Ipad tok. Aku tok sikda la juak make Iphone, sikda Ipod. Cuma make henpon sik berkamera jak. Ngeblog tok pun maseh make desktop pentium 4. Belom gik make teknologi Core duo. Nasib skrin ku dah LCD. Sik main la CRT monitor nak? hehee... Gik Oldskool orang madah aku tok. Hehee...

Aku bukan nak review Ipad tok. Cuma ku nak nunjok kesakaian ku nangga menatang tok. Alu terasa nak meng-update dirik aku jak dengan gadget macam tok. Tapi lom ada duit tok. Mintak jasa bait tak orang jak la singgah di penaja blog tok yang ku cintai iaitu encik Nuff ya. smile!!! :)

Ipad tok kedak Iphone dibesarkan. Design Apple tok sama jak upa nya. Simple dan elegan. Tapi function macam-macam ada. Macam Iphone banyak function yang nya dapat polah tapi tepon lain sikpat polah. Nang restekper lah dengan sidak Apple tok, bukan Cik Epal blogger ya aa... hehee...
Tangga tak orang... taip rah skrin jak. Sik stael apa ya... Saiz skrin nya 9.7inch lebih kurang besar majalah jak. Beteri nya pat tahan sampe 10 jam. Mun ngegeh nak ilek rah kede kopi mbak ipad ya. sikda masalah nak lepak lamak-lamak tanpa perlu caging.
Mun asa angol nak naip rah skrin ya. Nya dapat pake keyboard juak. Keyboard ya sik perlu cucok cable rah ipad. Keyboard wireless ya. Tangga tak orang Casing Kulit nya. Kemas ada jak, asa mbak fail jak pegi sine-sine. Dah la dapat di diri ngan di gurin. Best ado juak. Sik lelah berembak bag laptop nak besar-besar ya nak?
Aihhh... Tang ada jak si Jugah tok. Dah la jambu ada jak upanya. Masih ada juak orang nangga Star Trek duhal. Ku ingat orang nangga crita tasbih cinta jak kinek tok.

Ipad tok baruk jak dikeluar dalam 2 minggu lalu mun sik silap aku. Rega Ipad tok mun di padah sidak Apple ya dari $499. Boleh tahan juak lah, ada yang konektiviti nya Wi-Fi jak dan ada juak yang Wi-Fi dan 3G. Kapasiti nya ada yang 16GB, 32GB, dan 64GB flash drive. Senang crita, mun tak orang nak nangga spec nya. Pegi la tak orang rah Website nya. Cek sitok, Apple Ipad Spec.

Saturday, February 6, 2010

Top Commentators

Ada tak orang nangga side bar blog tok? Aku dah ngkah widget baru iaitu, PengKomen TerAktif. Sepa-sepa yang rajin nak komen rah blog tok, nama nya akan terkeluar la di widget ya. Ne tauk nak aku tek tuija juak nak molah contest pengkomen teraktif nak? Stael sik? hehee...

Sebenarnya banyak gunanya menatang ya. Yang pertama skali ofkoz la bagus pake blog tok. Widget ya akan menambahkan bilangan responden rah blog tok. Baruk best nak tulis-tulis, taip-taip pasya ada orang baca dan respon ngan tulisan kita. Baruk makin semangat kita nak meneruskan kehidupan di dunia blogging tok.

Yang Kedua nya, bagus pake tak orang yang aktif komen la. Bila nama tak orang dah terpampang rah top 5 pengKomen TerAktif widget ya. Otomatik nama tak orang Link terus ke profile dan blog tak orang. Atleast dapat juak menambahkan traffik ke blog tak orang juak nak. So, apa lagik, walaupun penulisan aku tok agak merapu, komen-komen jak lah, ada bagus juak pake tak orang. Daa~

Friday, February 5, 2010

Sapi Dan Bilit

Aku tok nang suka berteka-teki. Lagik-lagikla merik teka-teki ngan orang. Tapi ada lembap sikit la mun aku nak jawab teka-teki. Teka-teki tok best juak mun pake lepak ngan geng rah kede kopi. Kadang-kadang sambil lepak, pande abis indah idea dan topik nak di klaka. Teka-teki la yang menjadi bahan pake isik slot yang kosong ya.

Dengan sik membuang masa lagik, aku ari tok nak berik tak orang duak igek teka-teki. Mun dapat ada hadiah. Kitak orang mok tauk apa hadiah nya? tok ku madah... Hadiah nya berupa penghormatan dari aku la... Mun lam bahasa omputeh nya, 'You got my respect'. kira ok la nak dari dapat penghinaan... hehee... Anyway, teka-teki nya berbunyi camtok...

Teka-teki 1
Pada suati hari, ada duak ikok sapi nak melintas jematan. Tengah-tengah di atas jematan, sikok sapi ya terusuk Alu patah la kaki sapi ya. Nak sikok lagik ya patah juak. Patah apa rasa nya ow?


Teka-teki 2
Dalam banyak-banyak bilit. Bilit apa sikda siling, sikda dindin, sikda pintu, sikda penjan, sikda lante. Pelik juak bilit ya tek. Bilit apa ya ow?

Mun sikda orang sik pat jawab. Jawapan akan ku berik isok. Tapi ku asa kompom ada pakar teka-teki di luar nun. Slamat mencuba!

Wednesday, February 3, 2010

Macho Ka Berbulu Ketiak?

Yucks! Nang gelik la mun aku ternangga ompuan sik bercukur bulu ketiak. Mesti semua sependapat dengan aku bahawa ompuan yang ketiak bulu sik bercukur or bercabut adalah ompuan yang ceridak. Setuju sik ngan pendapat aku?

Tangga tak orang ompuan tok...
Nyaman jak mata nangga ketiak camya nak. Kita pun akan sekali pandang jak then alu senyum. Tapi... mun ompuan camtok...
Sayang muka kacak tapi ketiak berbulu. Sanggup ktk orang nangga ompuan camya? sik sanggup nak? mun ada yang sanggup nangga pun kompom palak sik berenti-renti menggeleng.

Kita nangga laki gik. Tok rupa laki berbulu ketiak...
Siboh amik pandangan laki la. Aku maok pandangan ompuan. Apa pandangan tak orang lelaki berbulu ketiak?

Dan yang tok contoh laki sikda bulu ketiak...
Bersih juak upa nak. Aku pernah konpius oleh kawan-kawan ompuan ku. Aku pernah kenak tegor oleh kawan ompuan ku. Penegor 1 berkata...

"yobihhh... ceridak nya kau! coba la cukur bulu ketiak ya!"

Aku pun alu la mencukur bulu ketiak ku lepas kenak tegor ya. Tapi lepas ya ku pegi mandik ngan kawan ompuan ku lain gik. Ada lagik kenak tegor. Penegor 2 berkata...

" Chioohhhh... ketiak bercukor!!!! sik macho ada juak!!!"

Alu serba salah aku. Nak ne la bagus tok? Ketiak bercukor ka ketiak sik bercukor? Tak orang ada pendapat sik mengenai tok. Tulong aku lok. :)

Tuesday, February 2, 2010

Babi Punya Orang!

Kau brani anok Nabi Orang Islam. Kau ya apa? Dewa ka suka ati anok Nabi orang? Cukup ka pegangan agama kau nak anok nabi orang? Patut kah aku post balit benda tok rah blog aku tok? Tapi ku tetap post juak, walaupun ko dah mintak maap ka apa pasal ya, aku tetap juak post, tok la pengajaran pake kau. Sikdo orang munuh orang dan senang-senang mintak maap pasya. Kau bunuh perasaan kamek orang, orang Islam. Senang kah kamek orang nak memaapkan kau? Iboh arap laaa... Jangan tangan ya, skati taip jak. Pedas mulut, minum aek banyak-banyak, boleh ilang pedas. Mun Pedas Jarik naip rah keyboard? kenak copy and paste, padan muka laaa...

Aku dirikpun kurang setuju dangan kerajaan bila golongan ahli kitab mok claim make nama Allah. Tapi sik perlu lah tak orang nak sampe anok Agama dan Nabi orang Islam. Pikir secara rasional la sikit kawan. Jangan skati ruduk jak klaka ya. Aku sitok hidup berkawan ngan macam-macam bangsa dan agama. Sikit pun kamek orang sik sentuh isu ya bila Negara huru-hara dengan isu ya. Mun protes pun, PROTES PAKE PALAK UTAK KO! JANGAN PAKE PALAK TUT KO!

Tok la penyataan kontroversi dari 2 orang konfiden tangan jak post rah facebook. Persoaalannya, perlukah di maapkan orang polah camtok? Pande-pande post rah facebook, kan dah kenak terjah. GIK ASA KO! HAHAHA...

Monday, February 1, 2010

Polis Internet



Hati-hati jak tak orang masa online especially rah blog dan facebook. Kinek tok makin selalu internet kenak pantau oleh kerajaan. Sidak simok ada orang yang post isu-isu sensitip yang boleh mendatangkan huru-hara dalam negara kita. Kita pun sik mok nangga negara kita tok kacau-bilau nak? Semua mok idup aman damai walaupun hidup berbilang kaum.

Aku rasa nang patut juak kerajaan molah camtok. Lagikpun kita tok bukannya negara Liberal macam America yang totally bebas untuk bersuara apa ajak. Sukati sidak jak nak nganok orang. Sidak sikkan kenak tangkap pun sebab hak sidak untuk bersuara. Freedom country konon. Sak jak rakyat sidak dah susah nak keluar negara sebab airport rules sidak bukan main ketat. Ya ka nak di padah freedom country?

Lain gik crita aku tek, pangkal pokok nya. Berinternetlah bagus-bagus jangan sekali-kali nak bermain dengan isu sensitif. Banyak dah kes nak? Sidak blogger yang dah kenak macam RPK dolok, baru-baru tok Aduka Taruna. Kes miak post rah Facebook ngugut nak bom Gereja. Ya lagik la bodo dan kesian. Banyak ney jak di tulis sidak ya alu kenak tangkap. Lainlah blogger yang dah tulis panjang berjela-jela, puas ati juak sikit bila kenak tangkap nak? hehehe...

Tauk sik apa isu sensitif yang di maksudkan? Mun kurang jelas, ku padah la. Isu sensitip tok adalah isu macam isu pasal agama, budaya, keturunan, bangsa, nganok Agong, Sultan dan Raja-Raja dan sebagainya. Mun ada lagik, sepa-sepa yang tauk, tulong la tambah.

Jadi, jagalah tingkah laku jari-jemari tak orang ketika berada di dunia saiber tok. Bukan mencuri merompak jak yang boleh kenak tangkap. Menaip pun dah boleh kenak tangkap kinek tok. Pikey-pikey jak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails