SEPATAH DUAK KATA DARI AKU...

Trimak Kasih kerana sudi ilek-ilek rah blog yang sik seberapa tok... Kitak orang memang best!!!!!

Entri Ku Yang Terbaru

Wednesday, February 24, 2010

Review Terbaek Isuhangat!

Isuhangat tengah menganjurkan pertandingan review blog Isuhangat. Oleh sebab hadiah nya berupa wang tunai dan pakej pengiklanan, jadi aku pun teringin nak join contest ni. Lagipun banyak juga yang aku komen tentang blog Isuhangat. Aku ni bukanla blogger otai ataupun problogger yang boleh memperbaiki blog lain dengan ayat-ayat power ku. Isuhangat dah beri peluang untuk review blog diorang. Apalagi, Ni la peluang aku nak beri pendapat yang dah lama aku peram dalam kepala hotak aku ni.

Kepada sesiapa yang tak tau lagi pasal contest ni, mesti korang nak tau hadiah kan? Bawah ni list hadiah contest ni. Agak steady juga la hadiah contest ni.

Tempat Pertama:
- Wang tunai berjumlah RM150.
- Pakej iklan banner antara post yang bernilai RM50
- Pakej iklan review blog yang bernilai RM30
Jumlah keseluruhan : RM230

Tempat Kedua:
- Wang tunai berjumlah RM50
- Pakej iklan banner sidebar yang bernilai RM30
- Pakej iklan review blog yang bernilai RM30
Jumlah keseluruhan : RM110

Tempat Ketiga:
- Wang tunai berjumlah RM25
- Pakej iklan review blog yang bernilai RM30
Jumlah keseluruhan : RM55

3 tempat saguhati
- Pakej iklan text di bawah post bernilai RM90

Jumlah keseluruhan penajaan: RM455

Kalo nak tahu syarat pertandingan sila layari website Isuhangat.net.

So, apa macam? Nak join ke tak? Tak salah cuba nasib kan. Beri je opinion dalam kepala korang tu. Jangan la skema sangat nak buat review. Tak membantu lansung.

Okay, berbalik kepada review untuk blog Isuhangat ni. Blog isuhangat di dah lama sebenarnya kat blogosphere ni ataupun dunia blog. Seblom ni address blog Isuhangat adalah isuhangat.blogspot.com dan sekarang dah berpindah ke isuhangat.net. Biasalakan, blog dah maju, harus upgrade.

Aku tak nak bercerita pasal entri dan post Isuhangat sebab crita yang Isuhangat bawak memanglah hangat seperti nama blog Isuhangat sendiri. Kalo tak, takkanlah Isuhangat dapat traffik yang begitu banyak tu kan.

Korang tengok traffic rank Isuhangat ni...

Tengok User Online ni lagi...
Bagi aku la, blogger newbie macam aku ni hari-hari kira brapa orang unique visitor sehari. kalo dapat maintain 100 orang sehari dah cukup bagus. Tapi bagi blog macam Isuhangat ni, aku rasa diorang nak maintain brapa ramai orang tengah online kat blog Isuhangat ni setiap saat.

Tengok design pulak...
Design header memang cantik tapi dekat tabs tu kurang kemas, perlu repair sikit.

Dan yang ni rasanya perlu diambil kira...
Iklan diantara tajuk dan entri. Kalau aku singgah kat blog, semestinya aku nak baca entri blog tu, bukan nak tengok iklan. Entri sebaiknya ditulis dalam separuh cerita dan letakkanlah link [baca selanjutnya..]. Orang yang tengah syok membaca entri tersebut pasti akan klik pada link tu untuk membaca entri sampai habis. Dekat entri selanjutnya tu la sepatutnya iklan diletakkan. Barulah steady! :)

Dan yang terakhir skali aku nak sentuh...
Ini pendapat aku je la. Rasanya dah kurang best kalo letak mybloglog widget ni. Lebih menawan lagi kalo buat fan page kat Facebook dan letakkan page widgetnya kat blog Isuhangat ni.

Stakat ini saja review aku tentang blog Isuhangat ni. Hangat ke tak review aku ni? Daa~~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails